LG Uni8 – Peranti Windows Phone 8 Daripada LG Tertiris

LG Uni8 – Peranti Windows Phone 8 Daripada LG Tertiris

Diterbitkan pada Mei 13, 2014 oleh .

LG sebelum ini pernah mengeluarkan peranti Windows Phone mereka melalui LG Optimus 7 namun sehingga kini, pihak mereka tidak lagi hadir dengan sebarang peranti baru Windows Phone 8. Perkara ini mungkin berubah dengan perkenalan peranti sulung Windows Phone 8 daripada LG kelak dan melalui info yang diterima, ia bakal dinamakan sebagai LG Uni8.

LG-Uni8-Tertiris

Melalui gambar yang tertiris, peranti Windows Phone 8 daripada LG ini membawakan reka bentuk nipis dan menariknya, ia menggunakan butang navigasi pada atas skrin seperti Nokia Lumia 630. Dari segi sistem operasi, ia dilihat dijana menggunakan Windows Phone 8.1 merujuk kepada kebolehan meletakkan latar belakang pada tile aplikasi.

Namun dari segi spesifikasi lain pula tidak dikongsikan setakat ini dan semestinya kehadiran peranti daripada LG ini menambah lagi pilihan kepada pengguna selain Nokia (Microsoft), Samsung, dan HTC sahaja dilihat menjadi pengeluar utama dengan peranti Windows Phone 8 setakat ini.


TIPS & ULASAN