Motorola Memperkenalkan Moto E – Telefon Pintar Android Pada Harga Rendah

Motorola Memperkenalkan Moto E – Telefon Pintar Android Pada Harga Rendah

Diterbitkan pada Mei 13, 2014 oleh .

Motorola hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon Moto E yang mana membawakan tanda harga yang lebih rendah daripada Moto G sebelum ini. Motorola menggunakan tema “dihargakan untuk semua” dan akan dipasarkan di lebih kurang 40 buah negara dalam beberapa minggu lagi.

Motorola Moto E

Motorola Moto E membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan skrin qHD, memori sebanyak 1GB RAM, cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz Snapdragon 200, dan turut hadir dengan sokongan dwi-SIM. Peranti ini turut hadir dengan kamera belakang 5-megapixel, dan tidak menyertakan sebarang kamera hadapan. Dari segi perisian pula, ia membawakan Android 4.4 KitKat, dan mengekalkan antaramuka asal Android dengan sedikit penambahan kecil daripada pihak Motorola.

Moto E

Memandangkan pihak Motorola mengatakan akan menawarkannya di lebih 40 buah negara dalam masa beberapa minggu lagi, kita mungkin akan melihatnya di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN