BlackBerry Z3 “Jakarta” Akan Mula Dipasarkan Di Indonesia Minggu Ini

BlackBerry Z3 “Jakarta” Akan Mula Dipasarkan Di Indonesia Minggu Ini

Diterbitkan pada Mei 13, 2014 oleh .

Setelah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, hari ini pihak BlackBerry secara rasminya telah memperkenalkan BlackBerry Z3 edisi khusus untuk Jakarta dan akan ditawarkan secara eksklusif di Indonesia bermula minggu ini – 15 Mei.

BlackBerry Z3 Jakarta

BlackBerry mengatakan BlackBerry Z3 “Jakarta” ini direkabentuk khusus untuk pasaran Indonesia, dan akan ditawarkan melalui beberapa syarikat telekomunikasi di sana. Beberapa kandungan khusus seperti BBM Stickers dan sebagainya akan turut ditawarkan melalui peranti tersebut untuk pasaran Indonesia.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar BlackBerry Z3 ini menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 540×960 pixel, kamera belakang 5-megapixel, ruangan stosan bersaiz 8GB, dan dilengkapi sistem operasi BlackBerry 10. Ia turut menggunakan cip pemprosesan Qualcomm 1.2Ghz dwi-teras dan memori sebanyak 1.5GB RAM.

Telefon pintar ini hanya dilihat difokuskan untuk pasaran Indonesia sahaja. Tiada berita lagi berkenaan dengan tawaran versi globalnya buat masa ini.


TIPS & ULASAN