Apple Dilaporkan Akan Menyertakan Sokongan Multi-Tasking Dengan Membahagi Skrin – Seperti Windows Dan TouchWiz

Apple Dilaporkan Akan Menyertakan Sokongan Multi-Tasking Dengan Membahagi Skrin – Seperti Windows Dan TouchWiz

Diterbitkan pada Mei 13, 2014 oleh .

Apple dijangka akan hadir dengan iOS 8 pada tahun ini, dan mungkin sekiranya bertuah kita akan mendengar beberapa perkara berkaitan ia pada WWDC 2014 kelak. Salah satu perkara yang dikatakan akan disertakan pada iOS 8 adalah sokongan multi-tasking dengan membahagi skrin untuk pengguna iPad.

Apple WWDC 2014

Menggunakan fungsi tersebut, ia akan membolehkan pengguna menjalankan dua aplikasi secara bersebelahan, sekaligus memudahkan beberapa tugasan pengguna.

Untuk makluman dan memberikan idea kasar, fungsi tersebut dikatakan akan membawakan fungsi lebih kurang seperti split-screen pada Windows 8 ataupun fungsi multi-tasking seperti pada TouchWiz daripada Samsung.

Dengan menggunakan kedua-dua aplikasi tersebut secara bersebelahan, pengguna juga turut dikatakan boleh menarik dan menyalin gambar, teks mahupun video daripada satu aplikasi ke yang lain dengan hanya drag-drop sahaja.

Selain daripada fungsi ini, pihak Apple turut dikatakan akan hadir dengan sedikit kemaskini antaramuka, aplikasi Healthbook dan beberapa aplikasi baru lain pada iOS 8 kelak.


TIPS & ULASAN