Cari @ Amanz

Google sering hadir dengan beberapa eksperimen dalam memperlihatkan fungsi-fungsi pada pelayar web mereka. Terkini, mereka hadir dengan sebuah eksperimen baru untuk Chrome, dengan memperkenalkan permainan yang dinamakan “Spell Up”.

Spell Up

Spell Up membawakan permainan mengeja perkataan berbahasa Inggeris, dimana pengguna akan diperlukan untuk mengeja sesuatu perkataan, dan ia menjadi sukar dari satu tahap ke yang seterusnya.

Melalui Spell Up, pihak Google dilihat ingin memperlihatkan sokongan “Web Speech API”, disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna mempelajari bahasa Inggeris dengan mudah.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Chrome, mungkin boleh bermain dengan eksperimen ini melalui sebuah halaman khusus yang disediakan Google hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd