Jumlah Selfie Terbanyak Kini Diiktiraf Rekod Dunia Guiness

Jumlah Selfie Terbanyak Kini Diiktiraf Rekod Dunia Guiness

Diterbitkan pada Mei 14, 2014 oleh .

Selfie ialah kegilaan yang masih lagi belum menunjukkan tanda akan berhenti tidak seperti planking yang kini sudah pupus seperti harimau Bali. Kegilaan selfie membuatkan banyak pengeluar telefon pintar kini meletakkan kamera dengan sensor besar pada bahagian hadapan dan juga meletakkan aplikasi khas yang membolehkan gambar diambil kelihatan lebih cantik. Sebuah kicauan Twitter berupa selfie tajaan Samsung telah diiktiraf sebagai kicauan paling banyak di RT ketika majlis Oscar awal tahun ini Kini rekod  dunia selfie terbanyak sudah diiktiraf oleh buku rekod Guiness.   Mark E. Miller dan Ethan Hethcote yang berasal dari Amerika Syarikat berjaya mengambil 355 selfie dalam masa sejam. Rekod ini dicatatkan di South Beach Florida minggu lalu. Jadi apakah kriteria untuk memastikan rekod anda diiktiraf Guiness? Pertama sekali anda tidak boleh mengambil gambar secara berseorangan. Setiap gambar harus diambil dengan individu berbeza. Jadi adakah anda merasakan anda mampu memecahkan rekod dunia selfie ini?

 

 


TIPS & ULASAN