Sony Xperia A2 Diperkenalkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Jepun

Sony Xperia A2 Diperkenalkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Jepun

Diterbitkan pada Mei 14, 2014 oleh .

Xperia A2Sony Mobile hari ini telah memperkenalkan satu lagi peranti khusus untuk pasaran Jepun, selepas mengumumkan Xperia ZL2 pada minggu lepas. Peranti baru yang dikenali dengan nama Xperia A2 ini dilihat membawakan sokongan yang sama seperti Xperia Z1 Compact.

Xperia A2 membawakan spesifikasi yang sama seperti Xperia Z1 Compact, iaitu skrin bersaiz 4.3-inci dengan paparan 720p, cip pemprosesan 2.2GHz Snapdragon 800, memori 2GB RAM, dan juga kamera belakang 20.7-megapixel Exmor RS.

Dari segi perbezaan dengan Xperia Z1 Compact, ia dilihat hanya dari segi warna dan bahan kerangka luar mereka, dimana ia kini hadir dalam pilihan warna jingga, dan lavender. Kerangka belakangnya juga dikatakan menggunakan bahan binaan berasaskan plastik matte.

Memandangkan ianya adalah lebih kurang sama seperti Xperia Z1 Compact, maka mungkin ia tidak akan dipasarkan secara global.


TIPS & ULASAN