Asus Zenfone 4 Hanya Dijangka Hadir Ke Malaysia Sekitar Penghujung Mei

Asus Zenfone 4 Hanya Dijangka Hadir Ke Malaysia Sekitar Penghujung Mei

Diterbitkan pada Mei 14, 2014 oleh .

Pada bulan lepas, pihak Asus sedia mengatakan bakal mula menawarkan Zenfone 4 pada penghujung April. Namun, ia tidak hadir ke pasaran tempatan, dan membuatkan ramai pengguna tertanya-tanya berkenaan dengannya.

Hari ini, melalui laman Facebook rasmi Asus Malaysia, mereka mengatakan Zenfone 4 kini dalam perjalanan ke pasaran Malaysia, dan ia dijangka akan berada di kedai-kedai sekitar Malaysia sebelum penghujung bulan Mei ini.

Asus Zenfone 4 merupakan peranti mampu-milik Android daripada Asus, yang mana hadir dengan cip pemprosesan Intel, dan dilengkapi skrin bersaiz 4-inci serta antaramuka khusus daripada Asus. Ia dipasarkan pada harga RM299 di Malaysia.

Selain daripada Asus Zenfone 4, pihak Asus turut mengatakan mereka akan berkongsi mengenai status untuk Zenfone 5 dan juga Zenfone 6 dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN