Samsung Dikatakan Bakal Memperkenalkan Gear Glass Pada Bulan September

Samsung Dikatakan Bakal Memperkenalkan Gear Glass Pada Bulan September

Diterbitkan pada Mei 15, 2014 oleh .

Perkara berkaitan kaca mata pintar yang dinamakan “Gear Glass” telah diperkatakan sejak tahun lepas lagi, dan kini, mengikut salah satu laporan terbaru, Samsung dikatakan akan memperkenalkannya sekitar bulan September 2014 ini.

Usaha kaca mata pintar ini telah dipopularkan oleh Google melalui Google Glass mereka, dan terdapat beberapa pengeluar lain yang turut sedang dalam proses hadir dengan peranti yang lebih kurang sama sepertinya.

Gear Glass ini dikatakan akan hadir dengan lensa dan juga ear-piece – membolehkan pengguna mendengar lagu, selain melihat melalui Gear Glass dengan mudah. Skrin paparan pada Gear Glass dikatakan akan dilokasikan pada bahagian kanan – sama seperti Google Glass.

Gear Glass ini turut dijangka akan menggunakan platform Tizen, seperti jam tangan pintar terbaru mereka pada tahun ini. Selain Gear Glass, pada bulan September juga pihak Samsung dijangka bakal memperkenalkan Galaxy Note 4.


TIPS & ULASAN