Cari @ Amanz

BlackBerry pada tahun ini bakal hadir dengan kemaskini sistem operasi terbaru mereka, iaitu BlackBerry 10.3. Sebagai persediaan untuknya, hari ini pihak BlackBerry telah mula menawarkan BlackBerry 10.3 SDK Beta untuk para pembangun.

Melaluinya, ia membolehkan para pembangun mengemaskini aplikasi mereka dan mengoptimasikannya untuk BlackBerry 10.3. Melalui SDK baru ini juga, pihak BlackBerry turut menyediakan rujukan rekaan antaramuka baru yang lebih mendatar berbanding versi sebelum ini.

Disamping itu, SDK baru ini turut menyertakan sokongan paparan pada resolusi 1440×1440 pixel, sekaligus memberikan petanda yang mana sebuah peranti baru dengan resolusi berkenaan akan hadir pada tahun ini.

Jadi, bagi para pembangun, anda mungkin boleh memuat-turun versi beta untuk BlackBerry 10.3 SDK ini hari ini sementara menantikan versi stabil untuknya hadir tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd