Mungkinkah Microsoft Memperkenalkan Surface Pro 3 Pada Minggu Hadapan?

Mungkinkah Microsoft Memperkenalkan Surface Pro 3 Pada Minggu Hadapan?

Diterbitkan pada Mei 15, 2014 oleh .

Microsoft sedia menjadualkan sebuah acara global pada minggu hadapan, dimana ramai membuat spekulasi yang mana gergasi perkomputeran tersebut bakal hadir dengan Surface Mini pada acara berkenaan. Selain daripadanya, ia turut dikatakan Microsoft mungkin hadir dengan kemaskini keluarga Surface Pro pada tarikh yang sama.

Surface 2

Microsoft Surface Pro merupakan keluarga Surface daripada Microsoft yang mana menggunakan sistem operasi Windows 8 penuh, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Intel. Ia sedia dikatakan pihak Microsoft akan turut mengumumkan sesuatu berkaitan Surface dengan Intel pada minggu hadapan, dan kini pelbagai ura-ura berkaitan Surface Pro 3 kedengaran.

Surface Pro 2 buat masa ini masih tidak memasuki pasaran tempatan lagi, dan ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Microsoft akan melangkauinya dan terus memfokuskan kepada Surface Pro 3.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pada minggu hadapan berkenaan apakah tablet baru yang akan diumumkan oleh Microsoft dibawah keluarga Surface.


TIPS & ULASAN