Flappy Bird Akan Kembali Ogos Ini – Bakal Menyertakan Sokongan Multiplayer

Flappy Bird Akan Kembali Ogos Ini – Bakal Menyertakan Sokongan Multiplayer

Diterbitkan pada Mei 15, 2014 oleh .

Flappy Bird merupakan salah satu permainan yang telah hangat diperkatakan beberapa bulan lepas, tetapi ditarik semula oleh pembangunnya disebabkan beberapa perkara. Namun, ia tidak mati begitu sahaja, dan kini ia dikatakan Flappy Bird akan kembali semula sekitar bulan Ogos ini.

Flappy Bird BlackBerry

Bagi yang tidak mengenali akan permainan Flappy Bird, ia merupakan sebuah permainan ringkas yang mana memerlukan pengguna untuk mengawal watak burung, dan mengelak daripada pelbagai halangan untuk mencatatkan markah yang tinggi.

Ia dikatakan Flappy Bird yang akan diterbitkan semula pada bulan Ogos ini akan membawakan beberapa perubahan, termasuk salah satunya adalah penambahan sokongan permainan multiplayer.

Jadi, bagi para peminat permainan tersebut, mungkin boleh tandakan bulan Ogos pada kalendar anda, dan nantikan apakah yang akan dibawakan oleh permainan Flappy Bird baru kelak.


TIPS & ULASAN