Project Cider Membolehkan Aplikasi IOS Digunakan Pada Peranti Android

Project Cider Membolehkan Aplikasi IOS Digunakan Pada Peranti Android

Diterbitkan pada Mei 15, 2014 oleh .

Perang aplikasi sudah berlarutan sejak peranti IOS dan Android muncul di pasaran. Antara perdebatan yang sehingga kini tidak ada penghujungnya ialah aplikasi platform manakah yang paling bagus versinya? Juga terdapat persoalan bilakan Aplikasi X akan muncul di platform Android. Umum kita ketahui aplikasi popular seperti Instagram dan VSCO Cam muncul terlebih dahulu di platform IOS sebelum versi Androidnya muncul di Google Play.

Project Cider yang sedang dibangunkan oleh enam pelajar doktor falsafah  di Universiti Columbia mungkin akan menyelesaikan masalah menanti aplikasi IOS hadir ke platform Android. Melalui projek ini mereka berharap aplikasi IOS dapat digunakan secara terus tanpa penggunaan virtual machine pada peranti Android.Setakat ini mereka berjaya melakukan apa yang mereka janjikan pada sebuah tablet Nexus 7. Apa yang kami sedari kelancaran aplikasi masih belum memuaskan tetapi harus di ingat projek ini masih dalam proses pembangunan. Mungkin suatu hari nanti peranti yang mampu menggunakan aplikasi IOS dan Android akan menjadi realiti. Itupun jika Apple tidak menghalang projek ini dari diteruskan dengan tindakan menyaman!

Sumber Project Cider

 


TIPS & ULASAN