Animasi Puteri Dari Les Copaque Bakal Hadir Pada September Ini

Animasi Puteri Dari Les Copaque Bakal Hadir Pada September Ini

Diterbitkan pada Mei 15, 2014 oleh .

Hari ini pada satu sesi bersama Pengarah Urusan Les’ Copaque, Haji Burhanuddin Md Razdi turut berkongsi info berkenaan siri animasi terbaru mereka bertajuk Puteri. Projek produksi berkenaan Puteri telah bermula sejak akhir tahun 2012 dan pada masa tersebut kami juga berkesempatan melihat lukisan konsep watak-watak utama dalam siri tersebut seperti gambar dibawah.

Puteri (Les Copaque)

Siri Animasi Puteri akan hadir ke saluran TV3 bermula September ini dan jika dibandingkan dengan video promosi dibawah, ia membawakan sedikit kelainan pada rekaan watak. Buat masa ini tiada sebarang info berkenaan jalan cerita namun apa yang pastinya kisah yang menampilkan 5 puteri adik beradik ini turut membawakan elemen-elemen tempatan di alam fantasi.

[youtube http://youtu.be/f0UWz-v6Rn0]

Dari segi teknikal, ia menggunakan teknologi yang lebih maju dan rumit berbanding Upin & Ipin dan banyak masa diluangkan untuk rekaan watak, pendetilan animasi serta banyak percubaan dilakukan untuk memperkemas keseluruhan siri ini. Pengarah siri Puteri, Faizu, turut berkongsi yang ini juga merupakan percubaan menarik Les Copaque dalam menghasilkan produk animasi berkisar kepada jenis-jenis limau dan kami difahamkan pasukan animasi untuk Puteri adalah berbeza dengan pasukan animasi Upin & Ipin.

Sama-sama kita nantikan siri animasi baru dari Les Copaque ini.


TIPS & ULASAN