Dua Filem Upin & Ipin Dalam Pembikinan, Bakal Siap 2015.

Dua Filem Upin & Ipin Dalam Pembikinan, Bakal Siap 2015.

Diterbitkan pada Mei 15, 2014 oleh .

Pada hari ini selain dari pengumuman berkenaan siri animasi Puteri, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi turut berkongsi info berkenaan dua filem Upin & Ipin yang sedang dalam pembikinan. Salah satu filem tersebut merupakan hasil kerjasama dengan KRU didalam format live-action manakala satu lagi filem merupakan filem animasi penuh.

lescopaque-filem

Filem pertama ini buat masa ini diberi tajuk ‘Upin & Ipin… Jeng Jeng Jeng’. Turut membintangi filem pertama hasil kerjasama dengan KRU adalah Awie, Siti Saleha, Toke dan ia akan memulakan penggambaran pada Jun hadapan. Buat masa ini, tiada sebarang info berkenaan penceritaan namun tetapi ia dijangka bakal memasuki pawagam pada tahun 2015.

Filem kedua pula merupakan filem animasi penuh dan ia dibiayai oleh kerajaan dan juga MDeC. Buat masa ini tiada sebarang komen diberikan sekiranya animasi tersebut merupakan lanjutan dari siri Upin & Ipin Laksamana, ataupun dari Upin & Ipin Angkasa. Pembikinan filem kedua ini dijangka siap akhir tahun 2015.

Mungkin kita bakal dapat tonton trailer berkenaan dua filem ini pada akhir tahun ini jadi sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN