Xiaomi hari ini secara rasminya telah mengumumkan tablet Android mereka yang pertama, dimana seperti dikatakan sebelum ini, ia akan dikenali dengan nama Mi Pad.
Xiaomi Mi Pad membawakan skrin bersaiz 7.9-inci dengan resolusi 2048×1536 pixel, memori 2GB RAM selain mana turut dijana menggunakan cip pemprosesan daripada NVIDIA, iaitu Tegra K1 2.2Ghz. Tablet ini turut menyertakan sokongan kamera belakang 8-megapixel, dan juga kamera hadapan 5-megapixel, serta bateri berkapasiti 6700mAh.
Seperti biasa, ia akan menggunakan Android yang telah diubah-suai oleh Xiaomi dan hadir dengan antaramuka MIUI yang dioptimasikan untuk skrin tablet.
Memandangkan Xiaomi telah sedia memasuki pasaran Malaysia, maka mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan untuk pengguna tempatan tidak lama lagi.