Cari @ Amanz

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan Galaxy Gear, iaitu jam tangan pintar mereka yang menggunakan Android. Namun, pada tahun ini, keluarga Gear 2 pula menggunakan platform Tizen – sekaligus menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama berbanding Galaxy Gear sebelum ini.

Galaxy Gear Tizen

Kini, dalam memudahkan pihak Samsung dan juga para pembangun membangunkan aplikasi untuknya, Samsung dilihat akan memperkenalkan kemaskini Tizen untuk Galaxy Gear tahun lepas.

Daripada apa yang dikongsikan oleh SamMobile, kemaskini Tizen untuk Galaxy Gear ini akan membawakan fungsi-fungsi yang sama seperti Gear 2 dan juga Gear 2 Neo, termasuk bebrapa penambahan fungsi baru seperti Sleep Monitor dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan memperkenalkan kemaskini ini untuk pengguna Galaxy Gear.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd