U Mobile Menawarkan Data Percuma Sebanyak 50MB Ketika Roaming Di Beberapa Negara

U Mobile Menawarkan Data Percuma Sebanyak 50MB Ketika Roaming Di Beberapa Negara

Diterbitkan pada Mei 15, 2014 oleh .

U Mobile hari ini mengumumkan tawaran terbaru mereka untuk pelanggan pascabayar, dimana kini pengguna U Mobile Postpaid boleh menikmati akses data pada kelajuan tinggi sehingga 50MB secara percuma ketika melawat beberapa buah negara, termasuk Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Filipina dan juga Singapura.

Dengan penawaran ini, para pelanggan pascabayar U Mobile boleh kekal berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga mereka menggunakan WhatsApp, WeChat dan sebagainya, selain turut menggunakan Twitter, Facebook dan lain-lain tanpa sebarang masalah.

UMobile Data Roaming

Bagi penggunaan lebih daripada 50MB, pengguna akan dikenakan caj tambahan, pada kadar maksimum sehingga RM30 sehari. Pengenalan tawaran ini juga sekaligus membolehkan mereka yang sentiasa bekerja di luar negara, atau ingin bercuti ke beberapa buah negara tersebut kekal menggunakan akses internet – terutamanya di beberapa lokasi yang tidak mempunyai akses WiFi percuma.


TIPS & ULASAN