BlackBerry Berkongsi Mengenai Beberapa Fungsi Baru Yang Akan Hadir Pada BlackBerry 10.3

BlackBerry Berkongsi Mengenai Beberapa Fungsi Baru Yang Akan Hadir Pada BlackBerry 10.3

Diterbitkan pada Mei 15, 2014 oleh .

BlackBerry semalam telah pun mula menawarkan BlackBerry 10.3 SDK Beta kepada para pembangun, dan hari ini, melalui blog rasmi BlackBerry, mereka berkongsi akan mengenai beberapa fungsi baru yang akan hadir kepada para pengguna melalui kemaskini tersebut.

BB 10.3Seperti beberapa gambar tertiris sebelum ini, pihak BlackBerry mengesahkan yang mana BlackBerry 10.3 akan menyertakan antaramuka baru yang membawakan rekaan mendatar, selain kemaskini pada bahagian ikon – yang mana tidak lagi menyertakan kotak berwarna gelap disebaliknya.

Disamping itu, beberapa sokongan gesture turut hadir, termasuk salah satunya adalah pengguna boleh swipe menggunakan dua jari untuk mengakses tetapan pantas pada BlackBerry 10.3.

Sokongan folder juga ditambah baik, dimana pengguna kini boleh menyertakan seberapa banyak aplikasi yang diinginkan didalam sesuatu folder.

BlackBerry turut mengatakan yang mana mereka akan menawarkan kemaskini pada aplikasi kamera, selain mana turut memfokuskan beberapa perkara pada kalendar dan juga BlackBerry Hub.

Buat masa ini, pihak BlackBerry masih tidak berkongsi akan sebarang tarikh berkenaan bilakah kemaskini sistem operasi ini akan ditawarkan kepada pengguna umum.


TIPS & ULASAN