MyTeksi Melancarkan GrabCar – Tempahan Teksi Premium

MyTeksi Melancarkan GrabCar – Tempahan Teksi Premium

Diterbitkan pada Mei 16, 2014 oleh .

MyTeksi yang terkenal dengan servis perkhidmatan tempahan teksi melalui peranti mudah alih, pada hari ini telah memperkenalkan satu lagi pilihan melalui aplikasi mereka iaitu GrabCar. GrabCar membolehkan pengguna MyTeksi menempah teksi premium atau limosin untuk kegunaan mereka.

myteksi-grabcar-interface

Menggunakannya, pengguna hanya perlu melancarkan aplikasi MyTeksi yang sedia ada dan memilih pilihan GrabCar berbanding pilihan teksi biasa dan teksi eksekutif. Harga anggaran akan turut dipaparkan apabila maklumat lokasi tumpangan dan destinasi pilihan dimasukkan.

Buat masa ini, pilihan teksi premium GrabCar tampak sedikit berbanding pilihan teksi biasa dan teksi eksekutif. Kami difahamkan MyTeksi masih dalam proses untuk menambah lagi bilangan GrabCar untuk para pelanggan.

Anda boleh melakukan tempahan GrabCar melalui iOS, Android, Windows Phone dan BlackBerry dan buat masa ini kawasan lingkungan perkhidmatan GrabCar hanya terhad kepada Mont Kiara, Bangsar, dan kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur.


TIPS & ULASAN