Para Guru Akan Menerima Netbook 1Malaysia Bersempena Hari Guru

Para Guru Akan Menerima Netbook 1Malaysia Bersempena Hari Guru

Diterbitkan pada Mei 16, 2014 oleh .

16 Mei merupakan hari dimana sambutan Hari Guru diadakan di seluruh negara. Bersempena dengannya, hari ini Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan yang mana mereka akan memberikan Netbook 1Malaysia kepada semua warga pendidik seluruh negara.

Guru Pencetus Kreativiti, Penjana InovasiSebagai permulaan, sebanyak 400,000 orang guru seluruh negara dijangka akan menerimanya, sekaligus membolehkan mereka menggunakannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pemberian ini hanya terhad kepada guru-guru di sekolah kerajaan sahaja dan tidak termasuk sekolah swasta.

Program pemberian Netbook 1Malaysia sebelum ini telah dimulakan pada tahun 2010 dalam usaha meningkatkan kadar celik IT dikalangan pengguna. Ia dikatakan sehingga kini sebanyak lebih daripada 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada para pelajar sekolah dan universiti seluruh negara.


TIPS & ULASAN