Xperia M2 Dual Mula Dijual Pada Harga RM939 Di Malaysia

Xperia M2 Dual Mula Dijual Pada Harga RM939 Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 16, 2014 oleh .

Pada minggu ini, selain daripada menawarkan Xperia Z2, pihak Sony Mobile Malaysia turut sama telah mula menawarkan satu lagi peranti berspesifikasi pertengahan daripada Sony, iaitu Xperia M2 Dual.

Xperia M2

Xperia M2 Dual hadir dalam dua variasi warna, iaitu putih dan hitam, dilengkapi skrin bersaiz 4.8-inci, kamera belakang 8-megapixel, dan cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz Snapdragon. Peranti ini menggunakan Android 4.3 Jelly Bean dan dilengkapi antaramuka khusus daripada Sony.

Versi yang dijual di Malaysia membawakan sokongan dwi-SIM, dan turut dilengkapi dengan sokongan Battery Stamina Mode.

Untuk mereka yang inginkan peranti ini, boleh dapatkannya daripada para pengedar tempatan pada harga RM939.


TIPS & ULASAN