Halo 5 : Guardians Akan Hadir Untuk Pengguna Xbox One Pada Tahun Hadapan

Halo 5 : Guardians Akan Hadir Untuk Pengguna Xbox One Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Mei 17, 2014 oleh .

Xbox One masih tidak diketahui lagi bilakah akan memasuki pasaran tempatan. Namun, ia tidak menghentikan pihak Microsoft dalam terus menambah katalog permainan untuknya, dimana terkini mereka mengumumkan permainan Halo 5 : Guardians untuk Xbox One.

Halo 5

Seperti biasa, permainan ini akan eksklusif untuk pengguna Xbox One sahaja, dan akan dilancarkan secara rasminya pada tahun hadapan.

Info berkenaan dengan jalan cerita dan sebagainya dijangka akan dikongsikan pihak Microsoft menjelang acara E3 kelak. Apa pun, kita boleh nantikan grafik yang amat menarik melalui permainan Halo ini kelak.

Pada tahun ini, Microsoft akan mengambil pentas utama di E3 yang akan diadakan pada 9 Jun kelak. Selain Halo, mungkin kita turut akan mendengar berita daripada pelbagai pembangun permainan lain pada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN