Google Hadir Dengan Pemalam Hangout Untuk Microsoft Outlook

Google Hadir Dengan Pemalam Hangout Untuk Microsoft Outlook

Diterbitkan pada Mei 18, 2014 oleh .

Google Hangout merupakan salah satu perkhidmatan daripada Google yang membolehkan pengguna membuat panggilan video berkumpulan, sekaligus memudahkan pelbagai tugasan dibuat melaluinya. Terkini, Google dilihat turut menyediakan sebuah pemalam khusus untuk pengguna Outlook.

Hangout

Melalui pemalam tersebut, pengguna Microsoft Outlook boleh membuat para pengguna klien emel tersebut menyertai panggilan Google Hangout terus daripada emel mereka dengan mudah.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu memuat-turun pemalam tersebut dan memasang ia pada komputer yang menggunakan Windows 7 atau Windows 8. Pemalam ini juga dilihat menyokong Microsoft Outlook 2007 dan yang terkini.

Memandangkan Microsoft Outlook sedia digunakan ramai pengguna perusahaan, ia sekaligus mungkin akan membuatkan banyak syarikat menggunakannya, sekaligus secara tidak langsung memberikan saingan kepada Skype.

Muat-Turun Pemalam Hangout untuk Microsoft Outlook


TIPS & ULASAN