5 Laman Menarik Untuk Mendapatkan Gambar Berkualiti Secara Percuma

5 Laman Menarik Untuk Mendapatkan Gambar Berkualiti Secara Percuma

Diterbitkan pada Mei 18, 2014 oleh .

Gambar boleh dikatakan salah satu daya penarik pembaca di sesebuah web. Sering kali kita lihat pengguna mendapatkan gambar daripada carian web, yang mana kadang-kala bertentangan dengan perlesenan pemilik gambar tersebut. Terdapat beberapa pemilik gambar yang melesenkan gambar mereka untuk bebas digunakan, dan tidak ketinggalan juga mereka yang sebaliknya.

Di web, terdapat pelbagai laman menarik untuk mendapatkan gambar berkualiti tinggi, dan bebas digunakan pada karya anda tanpa sebarang kos perlesenan dan sebagainya, seperti pada Flickr, Google Life, dan sebagainya.

Selain daripada beberapa laman popular, berikut merupakan antara laman lain yang turut menawarkan gambar-gambar percuma untuk digunakan pada web anda:

Wikimedia Commons

Wikimedia Commons

Perkhidmatan daripada pemilik Wikipedia. Melalui Wikimedia Commons, mereka menyediakan lebih daripada 21 juta media percuma yang boleh digunakan. Selain daripada ditawarkan dibawah lesen Public Domain, terdapat juga beberapa gambar yang ditawarkan dibawah Creative Commons.

Public Domain Pictures

Koleksi gambar percuma yang bebas digunakan untuk penggunaan peribadi dan juga komersial. Menariknya, segala gambar yang dikongsikan melalui laman ini dirakamkan sendiri oleh para jurugambar mereka tersendiri.

PicJumbo

Picjumbo

Sama seperti Public Domain Pictures, gambar-gambar yang dikongsikan melalui PicJumbo turut dirakamkan oleh pemiliknya tersendiri. PicJumbo turut menyusun gambar mereka dalam kategori yang menarik, disamping membolehkan pengguna melanggan perkhidmatan premium yang membolehkan lebih banyak gambar eksklusif didapati oleh pengguna terus ke emel mereka.

Unsplash

Unsplash turut menawarkan gambar-gambar pada resolusi tinggi secara percuma, dimana lebih kurang 10 gambar baru ditambah setiap 10 hari. Menariknya, dalam memudahkan pengguna, mereka turut menawarkan langganan percuma yang menghantar koleksi gambar terus ke alamat emel anda supaya anda tidak terlepas sebarang gambar daripada mereka.

Public Domain Archive

Public Domain Archive

Public Domain Archive ini pula merupakan koleksi gambar yang dihimpunkan oleh pembangunnya, dimana mereka mengumpulkan pelbagai gambar-gambar berkualiti tinggi daripada jurugambar lain pada laman tersebut.


Selain daripada laman-laman ini, terdapat juga pelbagai laman lain yang turut menawarkan gambar berkualiti tinggi untuk digunakan pada karya anda secara percuma. Jika anda mempunyai sebarang laman kegemaran anda, jangan lupa kongsikannya bersama-sama kami melalui ruangan komen dibawah.


TIPS & ULASAN