Cari @ Amanz

Pemilihan kasut boleh dikatakan salah satu perkara yang agak mengambil masa, tetapi bagaimana sekiranya anda diberikan pilihan untuk mencetak gambar pilihan anda pada kasut anda. Perkara ini ingin direalisasikan oleh Adidas melalui tawaran terbaru mereka.

Kasut Burger Adidas

Melalui akaun Instagram Adidas, mereka mempromosikan sebuah video ringkas, memperlihatkan mereka akan hadir dengan sebuah aplikasi khas untuk Android dan iPhone, dimana pengguna boleh melihat gambar pilihan mereka dicetak pada kasut Adidas ZX Flux.

Buat masa ini, proses keseluruhan bagaimanakah pengguna akan melalui daripada rakaman gambar ke percetakkan di atas kasut masih tidak diketahui sepenuhnya, dan dijangka akan dikongsikan Adidas bersama-sama pelancaran aplikasi tersebut pada bulan Ogos kelak.

Selain daripada proses cetakan, satu lagi perkara yang menjadi tanda tanya adalah termasuk negara-negara yang disokong oleh Adidas untuk produk baru ini kelak, disamping kos yang akan terlibat untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd