Xiaomi Mi3 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Bakal Ditawarkan Melalui Celcom, Digi Dan Maxis

Xiaomi Mi3 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Bakal Ditawarkan Melalui Celcom, Digi Dan Maxis

Diterbitkan pada Mei 19, 2014 oleh .

Xiaomi hari ini telah mengadakan acara media rasmi mereka, mengumumkan kemasukkan mereka secara rasmi ke pasaran Malaysia. Peranti pertama yang akan ditawarkan adalah Mi 3, dan juga Mi Power Bank.

Kedua-dua produk pertama mereka ini akan ditawarkan melalui laman rasmi mereka buat masa ini, iaitu Mi.com, dimana pengguna perlu membuat tempahan dan pembayaran menggunakan PayPal. Menekankan mengenai tawaran daripada beberapa laman jualan tempatan yang lain, pihak Xiaomi menekankan yang mana mereka hanya menawarkan produk melalui Mi.com dan melalui syarikat telekomunikasi sahaja.

Xiaomi Malaysia

Xiaomi Mi3 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080×1920 pixel, memori sebanyak 2GB RAM, cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3Ghz, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Melengkapkan peranti berkenaan adalah perisian MIUI yang berasaskan Android. Pihak Xiaomi turut menawarkan sebuah tema khusus untuk pengguna tempatan.

Selain melalui laman rasmi Mi.com, pihak Xiaomi turut mengatakan yang mana mereka akan turut menawarkan Mi 3 melalui syarikat telekomunikasi utama di Malaysia, iaitu Celcom, DiGi dan Maxis.

Xiaomi Malaysia

Di Malaysia, Xiaomi Mi 3 ditawarkan pada harga RM889, dan boleh didapati melalui laman Mi.com bermula 20 Mei ini. Tetapi ia hanya terhad kepada lebih kurang 4000 unit sahaja untuk fasa pertama ini.


TIPS & ULASAN