Google Dilaporkan Dalam Perbincangan Awal Untuk Mengambil-Alih Twitch

Google Dilaporkan Dalam Perbincangan Awal Untuk Mengambil-Alih Twitch

Diterbitkan pada Mei 19, 2014 oleh .

TwitchTwitch merupakan salah satu platform video yang digunakan komuniti pemain video seluruh dunia, dimana ia digunakan untuk menonton pelbagai video dan berinteraksi berkaitan permainan melaluinya. Terkini, ia dikatakan Google dalam perbincangan untuk mengambil-alihnya.

Twitch sedia terkenal kerana sokongan penstriman game, dan dikatakan mempunyai lebih daripada 45 juta pengguna setiap bulan.

Pengambil-alihan Twitch oleh Google ini sekaligus dijangka akan memberikan nilai tambah kepada YouTube, selain menarik komuniti gamers dalam lebih aktif menggunakannya. Walaupun YouTube sedia mempunyai komuniti mereka tersendiri, namun Twitch dilihat komuniti yang lebih aktif berinteraksi padanya.

Perbincangan ini dikatakan masih lagi pada peringkat awal, dan sekiranya berhasil, ia mungkin mencecah nilai pengambil-alihan sekitar $1 bilion.


TIPS & ULASAN