Microsoft Melancarkan Nokia Lumia 630 Secara Rasmi Di Malaysia – Hadir Dengan WP 8.1

Microsoft Melancarkan Nokia Lumia 630 Secara Rasmi Di Malaysia – Hadir Dengan WP 8.1

Diterbitkan pada Mei 20, 2014 oleh .

Microsoft hari ini secara rasminya telah mengumumkan kemasukkan telefon pintar terbaru daripada mereka, iaitu Nokia Lumia 630, sekaligus menjadikannya peranti pertama menggunakan Windows Phone 8.1 yang dipasarkan di Malaysia.

Nokia Lumia 630 merupakan salah satu peranti dibawah keluarga telefon pintar mampu-milik daripada Microsoft, dan hadir dalam lima pilihan warna. Ia hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci Gorilla Glass 3, cip pemprosesan empat-teras, kamera belakang 5-megapixel dan juga bateri berkapasiti 1800mAh. Apa pun, dari segi kekurangan, ia dilihat tidak menyertakan sokongan Flash pada kamera belakangnya.

Nokia Lumia 630 Malaysia

Nokia Lumia 630 juga merupakan telefon pintar dwi-SIM pertama berasaskan Windows Phone daripada Microsoft. Peranti ini turut membolehkan pengguna memperluaskan ruangan storan dengan menggunakan kad-SD yang menyokong ruangan sehingga 128GB. Kerangka belakangnya dan baterinya boleh ditanggalkan serta diganti pada bila-bila masa dengan mudah.

Menjadi fokus utama pada Nokia Lumia 630 adalah penggunaan Windows Phone 8.1 yang mana membawakan beberapa perkara baru termasuk Action Centre, penggunaan lajur Tiles tambahan, penggunaan gambar latar pada skrin Start, Battery Saver, dan pelbagai perkara baru lain.

Di Malaysia, Nokia Lumia 630 akan mula dijual pada harga RM549 dan ditawarkan dalam pilihan warna kuning, hitam dan juga putih. Ia boleh didapati bermula hari ini dibeberapa lokasi, dan akan diperluaskan ke seluruh negara dalam beberapa minggu lagi.

Nokia Lumia 630 Malaysia


TIPS & ULASAN