Huawei Menjadualkan Acara Khas Pada 10 Jun – Ascend P7 Di Malaysia?

Huawei Menjadualkan Acara Khas Pada 10 Jun – Ascend P7 Di Malaysia?

Diterbitkan pada Mei 20, 2014 oleh .

Huawei Malaysia hari ini melalui laman Facebook mereka memperlihatkan yang mana mereka akan hadir dengan sebuah peranti baru pada 10 Jun kelak, berkemungkinan adalah Ascend P7 yang telah diumumkan baru-baru ini.

Huawei Malaysia - 10 Jun

Seperti semua sedia maklum, ketika pengumuman tersebut sendiri, pihak Huawei mengatakan akan memasarkannya bermula bulan Mei ini, dan seperti jangkaan kami, pihak Huawei Malaysia akan memasarkannya pada bulan Jun ini.

Huawei Ascend P7 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan Gorilla Glass 3, paparan pada resolusi 1920x1080pixel, cip empat-teras HiSilicon Kirin 910 SoC 1.8Ghz, memori 2GB RAM< kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Huawei Ascend P7

Ia turut dilengkapi antaramuka Emotion UI 2.3, serta menggunakan Android 4.4 KitKat.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan berkemungkinan pihak Huawei turut akan menawarkannya melalui VMall, seperti Honor 3C sebelum ini.


TIPS & ULASAN