Xiaomi hari ini secara rasminya telah memulakan jualan peranti dan aksesori mereka di Malaysia, bermula dengan Xiaomi Mi 3 dan juga Mi Power Bank. Melalui perkongsian pihak Xiaomi, kedua-duanya dikatakan habis dijual dalam masa 17 minit.
Untuk tujuan penjualan, pihak Xiaomi mengehadkan jumlah peranti yang dijual kepada 4000 unit sahaja untuk Mi 3 dan 5000 unit untuk Mi Power Bank. Perkara ini membuatkan ramai yang ingin mendapatkannya, sekaligus menjadikan ia berjaya dijual dalam tempoh yang singkat.
Pada masa yang sama, ramai pengguna juga turut kecewa kerana gagal mendapatkan peranti berkenaan, mahupun Mi Power Bank disebabkan beberapa masalah teknikal pada laman web Xiaomi tersebut.
Ini boleh dikatakan sebagai fasa pertama jualan pihak Xiaomi, dan lebih banyak stok dijangka akan ditawarkan dari semasa ke semasa.
Bagi anda, adakah anda berjaya mendapatkan Mi 3 ataupun Mi Power Bank daripada pihak Xiaomi sebentar tadi?