Cari @ Amanz

Samsung Menawarkan Kemaskini Kecil Memfokuskan Prestasi Untuk Pengguna Galaxy S5 Di Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Bagi para pengguna Galaxy S5 di Malaysia, anda mungkin boleh menyemak kemaskini perisian anda. Ini adalah kerana pihak Samsung telah mula menawarkan kemaskini kecil yang memfokuskan kepada kestabilan dan mempertingkatkan prestasi peranti berkenaan.

Galaxy S5 Update

Kemaskini yang ditawarkan adalah pada saiz 105MB, dan pengguna akan diperlukan untuk memulakan semula peranti mereka selepas proses muat-turun dilakukan. Pemasangan kemaskini ini akan disambung ketika proses boot, yang mana akan mengambil masa kurang 5 minit untuknya.

Bagi pengguna Galaxy S5, anda boleh ke halaman tetapan, dan memilih About Device, dan seterusnya memilih Software Update untuk memulakan proses kemaskini.


Komen ()