Asus Zenfone 4 Mula Dijual Di Malaysia – RM299

Asus Zenfone 4 Mula Dijual Di Malaysia – RM299

Diterbitkan pada Mei 20, 2014 oleh .

Setelah pelbagai penangguhan, hari ini Asus Malaysia secara rasminya mengumumkan yang mana telefon pintar Asus Zenfone 4 mereka sudah boleh didapati daripada para pengedar mereka seluruh negara pada harga RM299.

Asus Zenfone hadir dengan skrin bersaiz 4-inci, cip pemprosesan Intel Atom Z2520 1.2Ghz dengan sokongan teknologi Intel Hyper Threading, kamera belakang 5-megapixel, memori sebanyak 1GB RAM, dan ruangan storan terbina sebanyak 8GB.

Peranti ini turut menyertakan sokongan dwi-SIM, selain mana pihak Asus turut menyertakan beberapa fungsi tambahan melalui antaramuka Asus ZenUI mereka.

Asus turut mengatakan mereka akan mengumumkan mengenai penjualan Zenfone 5 dan juga Zenfone 6 tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN