Cari @ Amanz

Bagi anda yang terlepas untuk mendapatkan Xiaomi Mi 3 pada hari ini, pihak Xiaomi telah mengumumkan melalui laman Facebook mereka yang mana mereka akan menawarkan Mi 3 pada fasa kedua minggu hadapan, dimana lebih kurang 6000 unit akan ditawarkan melaluinya.

Telefon Xiaomi

Seperti biasa, Xiaomi akan menawarkan ia melalui halaman Mi.com mereka, dan akan kekal menggunakan mod pembayaran menggunakan PayPal. Jualan akan dimulakan pada 12 tengah hari pada 27 Mei 2014.

Jadi, bagi anda yang terlepas, tidak perlu risau, dan tidak perlu membeli ia pada harga yang mahal daripada penjual pihak ketiga, kerana pihak Xiaomi sendiri akan menawarkannya kepada pengguna pada harga RM889. Ia tidak diketahui lagi sama ada Mi Power Bank akan disertakan sekali pada jualan fasa kedua ini ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd