Microsoft Memperkenalkan Surface Pro 3 – Hadir Dengan Skrin 12-inci

Microsoft Memperkenalkan Surface Pro 3 – Hadir Dengan Skrin 12-inci

Diterbitkan pada Mei 20, 2014 oleh .

Tablet yang ingin menggantikan komputer riba.Microsoft hari ini mengambil pentas utama New York dengan memperkenalkan tablet generasi baru mereka, Microsoft Surface Pro 3 kepada umum. Berbanding Surface Pro 2 sebelum ini, Surface Pro 3 hadir dengan skrin bersaiz 12-inci ClearType Display dengan resolusi 2160×1440.

Microsoft semasa pelancaran peranti ini mengatakan Surface Pro 3 adalah sebuah tablet yang ingin menggantikan komputer riba dengan rekabentuk peranti yang lebih mudah dibawa. Menariknya, Surface Pro 3 hanya seberat 800g dan mempunyai ketebalan senipis 9.1 mm – iaitu separuh daripada ketebalan MacBook Pro dan 30% lebih nipis berbanding MacBook Air.

Surface Pro 3-1

Surface Pro 3-7

Surface Pro 3-5

Spesifikasi Surface Pro 3
Sistem Operasi Windows 8.1 Pro
Skrin 12-inci ClearType Full HD (2160×1440 pixel)
Storan 64GB/128GB/256GB/512GB. Sokongan microSD dan USB 3.0
CPU Intel Core i3/i5/i7 (Generasi Ke-4)
GPU Intel HD Graphics 4400
Memori 4GB/8GB RAM
Kamera 5 Megapiksel dengan rakaman Full HD 1080p
Bateri Sehingga 9 jam

Tidak seperti Surface Pro sebelum ini, Surface Pro 3 kini ditawarkan dengan variasi Intel Core generasi ke-empat (Core i3, Core i5, dan Core i7), pilihan storan dalaman dari 64GB sehingga 512GB, dan pilihan memori 4GB atau 8GB RAM. Peranti ini juga turut didatangkan dengan port USB 3.0, Mini DisplayPort, dan sambungan microSD yang berfungsi sebagai memori luaran.

Bercakap mengenai skrin pula, Surface Pro 3 hadir dengan skrin 12-inci ClearType Display dengan resolusi 2160×1400 – boleh dikatakan 38% lebih besar berbanding Surface Pro 2. Pihak Microsoft turut mengatakan kepadatan piksel pada skrin peranti baru mereka ini 50% lebih padat berbanding peranti generasi sebelumnya sekaligus meningkatkan lagi kejituan dan keterangan warna pada skrin Surface Pro 3.

Beberapa penambahbaikan lain telah dibawa melalui Surface Pro 3 seperti penggunaan kickstand yang mana kedudukannya kini boleh dibuka dari 0 sehingga 150 darjah. Dari segi keupayaan bateri, pihak Microsoft memaklumkan Surface Pro 3 mampu bertahan sehingga 9 jam – 10% lebih baik berbanding keupayaan bateri di Surface Pro 2.

Pihak Microsoft turut memperkenalkan aksesori baru untuk Surface seperti docking station bagi membolehkan Surface Pro 3 disambungkan ke monitor dengan resolusi setinggi 4K. Bersama-sama dengannya, pihak Microsoft turut memperkenalkan Type Cover generasi baru yang hadir dengan penambahbaikan pada trackpad dan ketebalan yang lebih nipis berbanding Type Cover sebelum ini.

Surface Touch Cover 3

Surface 3 Pro-6

Selain aksesori docking station dan Type Cover, Surface Pro 3 turut didatangkan dengan stylus baru yang hadir dengan butang khas yang bertujuan untuk menghidupkan peranti daripada mod sleep. Menurut Microsoft, penggunaan stylus pada Surface Pro 3 telah dioptimasikan bersama aplikasi OneNote yang didatangkan bersama Windows 8.1 pada peranti ini.

Surface Pro 3-9

Surface Pro 3-8

Microsoft Surface Pro 3 mula dijual di pasaran Amerika Syarikat bermula esok dengan membawa harga serendah $799 (~RM2399) bagi model asas dengan Intel Core i3. Beberapa variasi lain turut diperkenalkan dan ia mula dijual di kedai-kedai sekitar Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu pada Jun kelak.

  • Intel Core i3, 64GB dan 4GB RAM – $799 (~RM2399)
  • Intel Core i5, 128GB dan 4GB RAM – $999 (~RM2999)
  • Intel Core i5, 256GB dan 8GB RAM – $1299 (~RM3899)
  • Intel Core i7, 256GB dan 8GB RAM – $1549 (~RM4649)
  • Intel Core i7, 512GB dan 8GB RAM – $1949 (~RM5849)
  • Surface Pro 3 Type Cover – $129.99 (~RM389)
  • Surface Pro 3 Docking Station – $199.99 (~RM599)

Sementara di Malaysia, pihak Microsoft memaklumkan tidak akan membawa Surface Pro 2 ke pasaran tempatan sebaliknya terus membawa Surface Pro 3 pada penghujung Ogos ini.


TIPS & ULASAN