Microsoft Surface Pro 3 Bakal Ke Malaysia Pada Penghujung Bulan Ogos Ini

Microsoft Surface Pro 3 Bakal Ke Malaysia Pada Penghujung Bulan Ogos Ini

Diterbitkan pada Mei 21, 2014 oleh .

Microsoft telah memperkenalkan Surface Pro 3 beberapa jam yang lepas, dan kini pihak Microsoft Malaysia mengumumkan yang mana mereka akan memasuki pasaran tempatan sekitar penghujung bulan Ogos kelak.

Surface Pro 3

Surface Pro 3 dipasarkan sebagai ganti kepada komputer riba, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 12-inci dengan paparan resolusi 2160×1440 pixel, dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-4, memori dengan pilihan 4GB atau 8GB, serta ruangan storan sekitar 64GB sehingga 512GB.

Beberapa pembaharuan turut hadir pada Surface Pro 3 selain daripada penggunaan skrin besar, dimana kini kickstand boleh dilaraskan kepada pelbagai tahap, selain memudahkan pengambilan nota menggunakan pena pada peranti tersebut. Seperti biasa, ia boleh menjalankan pelbagai perisian Windows, termasuk Office dan juga Photoshop.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=1t7rSZT_77E&feature=youtu.be]

Jadi, bagi anda yang berhasrat mendapatkan Surface Pro dalam masa terdekat, mungkin boleh nantikan sehingga penghujung Ogos ini untuk mendapatkan Surface Pro 3 ini. Harga untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui namun bagi mereka yang berminat, harga Surface Pro 3 dan aksesori dalam matawang USD adalah seperti berikut.

  • Intel Core i3, 64GB, 4GB RAM: USD 799
  • Intel Core i5, 128GB, 4GB RAM: USD 999
  • Intel Core i5, 256GB, 8GB RAM: USD 1,299
  • Intel Core i7, 256GB, 8GB RAM: USD 1,549
  • Intel Core i7, 512GB, 8GB RAM: USD 1,949
  • Surface Pro 3 Type Cover: USD 129.99
  • Docking Station: USD 199.99

Pada masa yang sama, pihak Microsoft Malaysia turut mengesahkan yang mana Surface Pro 2 tidak akan dijual di Malaysia secara rasminya.


TIPS & ULASAN