Google Mengemaskini Pelayar Web – Chrome 35 Sedia Dimuat-Turun Di Windows, Mac dan Linux

Google Mengemaskini Pelayar Web – Chrome 35 Sedia Dimuat-Turun Di Windows, Mac dan Linux

Diterbitkan pada Mei 21, 2014 oleh .

Google ChromeGoogle hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada pelayar web mereka – menawarkan Chrome 35 kepada para pengguna Windows, Linux dan juga Mac OS X.

Chrome 35 dilihat membawakan kemaskini yang lebih memfokuskan kepada para pembangun, dimana ia menawarkan pelbagai kawalan untuk input berasaskan skrin sentuh, beberapa fungsi baru JavaScript, serta sokongan API baru untuk aplikasi dan juga extension.

Disamping itu, kestabilan dan juga prestasi pelayar web Chrome turut ditambah-baik berbanding versi sebelum ini. Buat pengguna umum, mungkin kemaskini ini tidak memaparkan sebarang perubahan drastik ataupun pengenalan fungsi baru untuk mereka. Apa pun, memandangkan ia turut menyertakan kemaskini sekuriti, ada baiknya untuk pengguna turut mengemaskini pelayar web anda kepada versi terkini.

Bagi pengguna Chrome sedia ada, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik, sementara pengguna baru boleh memuat-turunnya daripada laman rasmi Google.

Muat-Turun Google Chrome 35


TIPS & ULASAN