Cari @ Amanz

SoundCloudSelang sehari selepas laporan mengatakan Twitter dalam perbincangan mengambil-alih SoundCloud, hari ini ia dikatakan perbincangan tersebut tidak lagi disambung disebabkan beberapa perkara.

Ia tidak diketahui mengapakah perbincangan tersebut tidak diteruskan lagi oleh Twitter. Berkemungkinan nilai yang diminta agak tinggi dan tidak sesuai untuk Twitter buat masa ini.

Bagi yang tidak mengenali SoundCloud, ia merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna memuat-naik fail berbentuk audio, dan berkongsi ia bersama-sama pengguna lain.

Sekiranya pengambil-alihan ini berhasil, ia berkemungkinan memberikan pihak Twitter kelebihan dalam arena audio. Buat masa ini, Twitter sedia mempunyai platform permesejan mereka, perkongsian gambarn di Twitter, dan juga perkongsian video melalui Vine.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd