Samsung Galaxy S5 Active Tertiris Dalam Bentuk Video – Memfokuskan Kalis Air Dan Tahan Lasak

Samsung Galaxy S5 Active Tertiris Dalam Bentuk Video – Memfokuskan Kalis Air Dan Tahan Lasak

Diterbitkan pada Mei 21, 2014 oleh .

Pada tahun lepas, pihak Samsung sedia hadir dengan Galaxy S4 Active yang menawarkan sokongan kalis air, debu dan binaan yang tahan lasak. Untuk tahun ini, Samsung dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan kemaskini untuk keluarga produk berkenaan.

Galaxy S5 Active

Galaxy S5 Active

Dari segi rekaan peranti, Galaxy S5 Active dilihat menyertakan binaan yang tahan lasak, dan menggunakan butang fizikal pada bahagian hadapan – untuk Home, Back, dan Menu. Disamping itu, ia membawakan rekaan kerangka belakang yang boleh ditanggalkan, dan membawakan kawasan kedap udara yang lebih besar berbanding pada Galaxy S5.

Peranti ini turut menyertakan spesifikasi yang menyerupai Galaxy S5, termasuk paparan 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 801, dan juga kamera belakang 16-megapixel. Ruangan pengimbas cap jari turut disertakan pada peranti ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran peranti ini masih tidak diketahui lagi. Ia juga masih menjadi tanda tanya sama ada pihak Samsung akan mengekalkan penggunaan nama Galaxy S5 Active, ataupun hadir dengan nama keluarga baru seperti K Zoom yang diumumkan baru-baru ini.


TIPS & ULASAN