LG Mengumumkan Aksesori ‘QuickCircle’ Untuk LG G3

LG Mengumumkan Aksesori ‘QuickCircle’ Untuk LG G3

Diterbitkan pada Mei 22, 2014 oleh .

LG G3 masih belum dilancarkan sehingga kini namun pihak LG sedia berkongsi idea mengenai aksesori yang bakal digunapakai pada peranti mereka kelak. Melalui perkongsian rasmi daripada LG, aksesori untuk LG G3 ini dikenali sebagai LG QuickCircle.

lg-g3-quickcircle-main

LG QuickCircle membawakan paparan dalam bentuk bulatan yang hadir dengan beberapa fungsi tambahan padanya. Ia membolehkan pengguna mengakses beberapa fungsi seperti notifikasi, mengambil gambar, dan mengangkat telefon tanpa perlu membuka aksesori ini.

Menurut LG, QuickCircle turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi dan juga fungsi Smart Lighting yang berfungsi apabila pengguna mendapat panggilan terlepas dengan mengeluarkan cahaya padanya.

Pihak LG akan mengeluarkan SDK untuknya pada bulan hadapan dan mungkin banyak potensi yang bakal dibawa melalui aksesori ini kelak.


TIPS & ULASAN