Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, pihak Huawei Malaysia telah memperlihatkan Huawei Ascend P7 dengan tarikh 10 Jun. Nampaknya, bukan itu sahaja yang akan ditawarkan, sebaliknya beberapa produk lain turut akan dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Selain telefon pintar Ascend P7, pihak Huawei turut akan menawarkan Huawei MediaPad X1 pada tarikh yang sama.

Huawei MediaPad X1

Huawei MediaPad X1 membawakan skrin bersaiz 7-inci dengan paparan resolusi 1200×1920 pixel, cip pemprosesan HiSilicon Kirin 910 empat-teras 1.6GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel.

Tablet ini turut dilengkapi dengan sokongan panggilan telefoni, menggunakan Android 4.2 Jelly Bean, serta dilengkapi antaramuka khusus daripada Huawei.

Harga tawarannya tidak diketahui lagi, dan berkemungkinan kita akan melihatnya ditawarkan secara terus oleh Huawei menggunakan VMall.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd