Cari @ Amanz

Hari ini, pihak Lenovo telah memperkenalkan dua peranti berasaskan platform Windows untuk pasaran tempatan, iaitu komputer riba Lenovo ThinkPad X1 Carbon, dan juga Lenovo ThinkPad Tablet 8.

Lenovo ThinkPad X1 Carbon

Lenovo ThinkPad X1 Carbon dilihat memfokuskan kepada para pengguna profesional, dimana ia membawakan binaan yang agak menarik dan dikatakan sebagai komputer riba paling ringan untuk kategori saiz 14-inci.

Kompter riba ini turut menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-4 yang membawakan ketahanan bateri yang lama – sehingga 9 jam, selain menawarkan prestasi operasi yang baik.

Komputer riba ini dilengkapi skrin bersaiz 14-inci dengan resolusi 1600×900 pixel, memori sebanyak 8GB RAM, ruangan storan berasaskan SSD sebesar 256GB, menjalankan Windows 8.1 Pro, dan hadir dengan jaminan selama 3-tahun. Ia hadir dengan pilihan skrin boleh sentuh dan juga tanpa sokongan skrin sentuh.

Lenovo ThinkPad Tablet 8

Selain komputer riba, pihak Lenovo turut memperkenalkan Lenovo ThinkPad Tablet 8 untuk pasaran Malaysia.

ThinkPad Tablet 8 merupakan tablet yang menggunakan sistem operasi Windows 8 penuh daripada pihak Lenovo, dan membawakan saiz skrin 8.3-inci. Dari segi spesifikasi, tablet ini menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z3770 2.39Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera hadapan 2-megapixel, kamera belakang 8-megapixel, serta dilengkapi dengan ruangan storan sebesar 64GB. Tablet ini dikatakan menawarkan masa penggunaan sehingga 8 jam lamanya.

Di Malaysia, Lenovo ThinkPad X1 Carbon dijual pada harga bermula RM6189, sementara Lenovo ThinkPad Tablet 8 dijual pada harga RM1669. Kedua-duanya boleh didapati melalui pengedar rasmi Lenovo bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd