Maxis Memberikan Nafas Baru Kepada Logo – Hadir Dengan Falsafah Baru

Maxis Memberikan Nafas Baru Kepada Logo – Hadir Dengan Falsafah Baru

Diterbitkan pada Mei 22, 2014 oleh .

Maxis kini dibawah tampuk pengurusan baru dilihat membawakan beberapa pembaharuan. Selain mendengar maklumbalas pengguna melalui Twitter, terkini pihak Maxis dilihat mula membuat beberapa perubahan ada syarikat mereka – termasuk penggunaan identiti baru dan memfokuskan kepada falsafah syarikat yang baru.

Maxis Pelanggan

Falsafah baru mereka – “Ok Saje Tak Ok” dikatakan Maxis merupakan salah satu kaedah mereka untuk mengutamakan para pelanggan terlebih dahulu sebelum pelbagai perkara lain.

“‘OK SAJE TAK OK’ bukan satu slogan bagi kami, malah ia adalah satu sikap. Ia adalah satu pemikiran yang akan mempengaruhi segala apa yang kami lakukan, yang akan memberi kesan kepada pelanggan, termasuk keputusan besar dan juga butiran yang paling kecil. Jika Maxis meneliti diri sendiri, kami mengakui bahawa kami bagus, kerana secara umum kami sememangnya bagus, tetapi kami juga perlu mengakui bahawa Maxis bukannya hebat. Dan kami ingin menjadi hebat,” kata Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Maxis Baru

Untuk menjayakan perkara ini, pihak Maxis mengatakan mereka telah membuat beberapa perubahan, termasuk memfokuskan cara kerja baru yang dipanggil sebagai “Maxis Way”.

Melalui Maxis Way, pihak Maxis ingin menerapkan pelbagai nilai-nilai positif dikalangan tenaga kerja mereka,, selain pada masa yang sama memberikan para pelanggan dengan pengalaman yang menarik dan hebat.

Selari dengan perkara ini, pihak Maxis turut memberikan nafas baru kepada logo mereka, dimana kini hadir dengan warna yang lebih cerah dan ceria berbanding penggunaan warna pada logo yang lama.


TIPS & ULASAN