PES Manager Dilancarkan untuk iOS & Android

PES Manager Dilancarkan untuk iOS & Android

Diterbitkan pada Mei 22, 2014 oleh .

Konami yang terkenal dengan permainan Pro-Evolution Soccer telah melancarkan aplikasi permainan PES Manager khusus untuk platform iOS dan Android pada minggu ini. PES Manager merupakan simulasi permainan untuk menguruskan pasukan bolasepak yang anda inginkan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Y0bjrfIxVqI]

Melalui permainan ini, anda boleh mendapatkan pemain bola kegemaran anda dan mengatur serta merangka corak permainan pasukan anda. Sekiranya anda biasa bermain FIFA Championship Manager ataupun Fantasy Football, sememangnya permainan ini sesuai untuk anda.

Pemain boleh memuat turun aplikasi permainan ini secara percuma dan seterusnya memuat turun data-data pemain. Terdapat pembelian dalam aplikasi yang membolehkan pemain membeli penaiktarafan untuk pemain bola dan sambungan internet diperlukan untuk memainkan PES Manager.

Muat turun: PES Manager iOS

Muat turun: PES Manager Android


TIPS & ULASAN