Fungsi Pengecaman Suara Seakan Shazam Bakal Hadir Ke Facebook

Fungsi Pengecaman Suara Seakan Shazam Bakal Hadir Ke Facebook

Diterbitkan pada Mei 22, 2014 oleh .

Perkongsian status merupakan satu perkara penting dalam berkongsi berkenaan aktiviti yang sedang kita lakukan kepada rakan-rakan di rangkaian sosial. Facebook telah mengumumkan perancangan mereka untuk menambah fungsi pengecaman suara, seakan-akan Shazam, untuk aplikasi mudah alih mereka.

Fungsi pengecaman suara ini boleh digunakan untuk mengecam lagu yang sedang dimainkan, ataupun rancangan televisyen yang sedang dipertontonkan. Fungsi yang sama ini juga boleh digunakan untuk mengecam filem apakah yang sedang ditonton pengguna. Melalui fungsi ini, perkongsian status mengenai aktiviti yang sedang dilakukan dapat dihantar dengan pantas, seperti yang didemonstrasikan pada video diatas.

Facebook-shazam

Menariknya, lagu yang dikongsikan boleh dimainkan oleh rakan-rakan selama 30 saat dan untuk siri TV ia juga berupaya mengecam maklumat berkenaan musim dan episod rancangan tersebut. Fungsi ini dijangka akan diimplementasikan dalam beberapa minggu akan datang.


TIPS & ULASAN