Aplikasi Pengurus Tugasan Any-Do Memperluaskan Tawaran Mereka – Hadir Dengan Versi Web

Aplikasi Pengurus Tugasan Any-Do Memperluaskan Tawaran Mereka – Hadir Dengan Versi Web

Diterbitkan pada Mei 22, 2014 oleh .

Any-Do sedia popular dengan aplikasi pengurus tugasan harian mereka yang ditawarkan untuk platform iOS dan juga Android. Hari ini perkara tersebut berubah, apabila perkhidmatan tersebut kini turut diperluaskan kepada pengguna versi web.

Any.Do Web

Pihak Any.Do mengatakan yang mana versi web merupakan salah satu fungsi yang diminta oleh ramai pengguna. Melalui versi web, selain membawakan sokongan yang menyerupai aplikasi mudah-alih mereka, pihak Any.Do turut menawarkan beberapa perkara baru – termasuk Planning dan Foucs Mode.

Planning Mode membolehkan anda mengerakkan sesuatu tugasan dari satu folder ke folder yang lain, disamping membuat perancangan untuk sesuatu minggu atau bulan dengan mudah. Sebaliknya untuk Focus Mode pula, ia memudahkan pengguna memfokuskan kepada tugasan pada sesuatu hari, dan menyelesaikan semuanya dalam mencapai sasaran anda.

Bagi para pengguna Any.Do, anda boleh log masuk ke akaun anda dan melayari laman Any.Do Web untuk mendapatkan akses untuk versi web hari ini.

Layari : Any.Do Web


TIPS & ULASAN