Samsung Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya Tersendiri

Samsung Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya Tersendiri

Diterbitkan pada Mei 23, 2014 oleh .

Oculus RiftNampaknya Samsung kini berminat untuk hadir dengan pelbagai produk baru, sebelum ia hadir daripada beberapa pesaing lain. Selain daripada kaca mata pintar – Gear Glass yang dalam pembangunan, kini dikatakan Samsung turut sama sedang membangunkan peranti realiti-maya mereka tersendiri.

Bercakap mengenai peranti memfokuskan realiti-maya, semestinya beberapa produk hadir dalam pemikiran pengguna, termasuk Oculus Rift yang telah diambil-alih oleh Facebook baru-baru ini dan juga Project Morpheus daripada Sony.

Menggunakannya, pengguna akan memakainya pada kepala, dan membolehkan mereka melihat dan memainkan permainan, dimana paparan akan berubah mengikut kedudukan dan pandangan kepala.

Samsung dilaporkan akan hadir dengan peranti seumpamanya pada tahun ini, dan untuk permulaan ia dijangka akan boleh digunakan bersama-sama produk Galaxy mereka – telefon pintar dan juga tablet Android.

Samsung sedia mempunyai pelbagai sumber untuk hadir dengan peranti seumpamanya, tetapi apa yang akan menjadi fokus utama kelak kandungan yang akan disokong pada peranti seumpamanya.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal lagi, tetapi ia tidak mustahil untuk pihak Samsung memasarkannya secara lebih meluas berbanding beberapa pesaing mereka lain dalam arena sama.


TIPS & ULASAN