Adakalanya anda ingin memfokuskan kepada kerja, dan ingin melihat pelbagai notifikasi anda terus pada komputer, tanpa perlu melihat telefon pintar anda. Terdapat beberapa perisian dan aplikasi menawarkan sokongan tersebut, dan kini untuk pengguna iOS, salah satu aplikasi yang menarik adalah Notifyr.
Notifyr ditawarkan kepada pengguna peranti iOS yang mana menggunakan Mac OS X untuk tujuan kerja. Untuk menghubungkan Mac OS dan juga peranti iOS, Notifyr menggunakan sokongan Bluetooth, sekaligus membolehkan ia memperlihatkan notifikasi daripada pelbagai aplikasi pada komputer Mac anda.
Bagi anda yang tercari-cari sebuah program seumpamanya, mungkin boleh mendapatkan aplikasi Notifyr untuk iOS hari ini – yang ditawarkan pada harga $3.99, dan perisian Mac yang ditawarkan percuma.
- Muat Turun
- Muat-Turun Notifyr untuk iOS
- Muat Turun
- Muat-Turun Notifyr untuk Mac