Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana tablet dengan sokongan telefoni mereka yang baru, Asus Fonepad 7 (FE170CG) telah mula dijual dipasaran tempatan. Peranti generasi baru ini hadir dengan lebih banyak pilihan warna, disamping menyertakan sokongan dwi-SIM.
Asus Fonepad 7 dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom Z2520 1.2Ghz, dilengkapi teknologi Intel Hyper-Threading, menggunakan Android 4.3 Jelly Bean, serta antaramuka Asus ZenUI.
Selain itu, tablet ini menyertakan kamera 2-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera hadapan 0.3-megapixel. Beberapa mod rakaman turut disertakan, termasuk Selfie Mode.
Di Malaysia, dua variasi model ditawarkan, iaitu dengan ruangan storan 4GB dan juga 8GB. Asus Fonepad 7 4GB dijual pada harga RM499, sementara versi 8GB pula dijual pada harga RM599.