Google Project Tango Dilaporkan Sedang Membangunkan Tablet Dengan Sokongan Rakaman 3D

Google Project Tango Dilaporkan Sedang Membangunkan Tablet Dengan Sokongan Rakaman 3D

Diterbitkan pada Mei 23, 2014 oleh .

Pada bulan Februari yang lepas, pihak Google telah memperkenalkan Project Tango dalam usaha membawa sensor tambahan pada peranti mudah-alih untuk merakamkan keadaan sekeliling dan memahami gerakan serta ruangan sekeliling pengguna.

Google Project Tango

Bergerak ke hadapan, kini Google dilaporkan sedang dalam persiapan menyiapkan lebih kurang 4000 tablet dengan teknologi yang sama, dan mungkin akan ditawarkan kepada para pembangun ketika Google I/O kelak.

Ketika pengenalan Februari yang lepas, pihak Google telah mengatakan sensor tersebut boleh merakamkan sehingga suku juta sukatan 3D setiap saat, sekaligus membolehkan ia digunakan untuk pelbagai tujuan.

Mungkin dengan menawarkan tablet bersaiz 7-inci dengan sokongan sensor ini, ia akan membolehkan lebih ramai pembangun hadir dengan aplikasi untuknya, sebelum sensor tersebut dikomersialkan kepada umum.


TIPS & ULASAN